Friday, November 06, 2009

4 Punca Hidup Manusia Tidak Tenteram

Salam... alangkah damainya cuaca di-pagi hari ini dan syukur alhamdullillah kita masih lagi diberi peluang untuk bernafas dan menikmati keindahan dibumi Allah S.W.T. Amin

Di sini Bahgia nak berkongsi bersama-sama pengetahuan yang diperolehi dari teman2 internet.


4 punca hidup manusia tidak tenteram

SEKUMPULAN bekas pelajar sebuah universiti berkumpul menziarahi bekas pensyarah mrk. Pensyarah itu amat gembira menerima kdtgn bekas pelajar yg berjaya dlm jurusan & kehidupan masing2. Mereka bertanya khabar dgn penuh mesra & terus terang. Perbincangan berlanjutan sehingga menyangkut kpd permasalahan berbentuk peribadi. Ada yang mengeluh, mengadu, meluahkan perasaan yg tertekan dgn pelbagai permasalahan, tekanan hidup berkeluarga, dgn rakan di tempat kerja serta masyarakat sekeliling. Pensyarah itu hanya tersenyum & terus menuju ke dapur utk mengambil cawan pelbagai bentuk & warna. Ada yg dibuat drp tembikar, kaca & plastik. Ada yg cantik, penuh hiasan, kelihatan mahal & ada yg biasa saja & murah. Pensyarah itu menjemput semua bekas anak murid itu minum menggunakan cawan pilihan mereka.

Apabila semua bekas pelajar itu mengambil cawan yg terisi air, dia pun berkata: "Jika kamu perhatikan, semua cawan yg cantik & mahal itu diambil, yg tinggal hanya cawan yg biasa2 & murah! "Begitulah lumrahnya kita hanya akan memilih yg terbaik (menurut pandangan luaran), sebenarnya itulah punca masalah & tekanan hidup yg kita semua hadapi!" Apa yg kita perlukan sebenarnya adalah air, bukan cawan itu, tetapi kita secara tidak sedar memilih cawan yg cantik saja! Demikianlah kehidupan ini ibarat air. Kerjaya, wang ringgit & kedudukan dlm masyarakat semuanya umpama cawan yg beraneka warna itu. Semua itu adalah alat/pemudah cara utk meneruskan hidup tetapi kualiti hidup tidak berubah. Jika kita hanya menumpukan perhatian kpd cawan, kita tidak ada masa utk menghargai, merasakan & menikmati air itu!Apa yg pensyarah itu katakan bertepatan dgn apa yg al-Quran bentangkan mengenai jiwa manusia yg selalu berkeluh kesah & tidak pernah rasa cukup. Pelbagai permasalahan kita berpunca daripada 4 perkara:

1) Kita hanya memandang & menginginkan apa yg ada pada tangan orang lain. Kita tidak nampak/lupakan nikmat di dlm genggaman kita. Walhal,Allah telah beri kpd kita. Oleh itu kita tak rasakan 'keseronokan'/terasa nikmat dgn pemberian itu.

2) Kita terlalu byk 'komplen'/komen/mgadu/mgeluh serta menyalahkan keadaan hingga kpd pmasalahn sekecil2nya dlm khidupn dunia ini. Tapi, kita sering lupa kesusahan/penderitaan sebenar yg bakal dhadapi akhirat kelak.

3) Kita terlalu mengejar kemewahan/kemegahan/glamor kehidupan hingga lupa tujuan hidup kita sebenarnya. Inilah ujian hidup yg kita rasakan amat memeritkan utk dihindari, pada hal kita tahu ganjarannya adalah syurga drp Allah.

4) Kita selalu menganggap kehidupan di dunia ini utk hidup selama2nya. Oleh itu, kita menghabiskan seluruh sumber dlm diri semata2 utk membina pengaruh, mengumpul harta & kemasyhuran diri seolah2 'kematian' itu utk org lain, bukan utk kita. Kita lupa semua kejadian akan mati & walhal akhirat adalah kehidupan abadi.

Oleh itu, dari sekarang kita hentikan perangai suka komplen, komen & berkeluh kesah. Hargailah kehidupan ini. Jalani kehidupan sbg khalifah Allah, melakukan yg makruf, melarang yg mungkar. Syukuri nikmat yg ada & panjangkan nikmat ini kpd org lain dgn memberikan khidmat menolong & memudahkan kehidupan orang lain.

Pernah suatu ketika Saidina Ali ditanya oleh seorang lelaki: "Jika diberikan pilihan, mana satukah yg kamu pilih?, Kehidupan di dunia @ mati? Jawapan baginda memeranjatkan lelaki itu: "Saya akan pilih kehidupan di dunia, melalui perjuangan dalam kehidupan ini, saya mendapat bekalan untuk mencapai keredaan Allah di akhirat kelak. "Moga seluruh perjalanan hidup kita diredhai & dirahmati oleh Allah.

Apa guna hidup seorang hamba tanpa keredhaan penciptaNYA.

Thursday, November 05, 2009

Mukjizat/Kelebihan BISMILLAH

Salam,... lama rasanya tak up-date dlm blog nie.. bukannya apa tetiba mood utk nak berblog totally hilang serta-merta. Sekarang Bahgia in da house.. cuma disini untuk berkongsi pengetahuan sesama kita semoga apa yang kita buat ini dpat berkat daripada Allah S.W.T. Amin


Mukjizat di sebalik BISMILLAH BISMILLAH adalah sebutan/nama sin gkat dari lafaz' BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM ' yang bermaksud ' Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH


1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2. 'BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. ' (Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sa kit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah huruf dalam BISMILLAH ada 19 huruf dan mal aikat penjaga neraka ada 19 (QS.AL Muddatsir:30). Ibnu Mas' ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 mal aikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. '

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya. 10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

Tuesday, October 06, 2009

Pemergian Nenek Tersayang



Kesedihan masih terasa bersarang dihati kami semua.. Pemergian nenek tercinta pada 3 Oktober, 2009 jam 3:00 petang (doktor mengesahkan).. Aku sempat menatap wajah nenek disaat-saat akhir hayatnya pada jam 1:50 petang waktu tu aku tenang je walaupun sebelum2 ini aku mengziarahinya boleh dikatakan setiap hari pasti mengalir air mata tapi pada hari tu emosi aku dapat dikawal.. Akan aku mengabadikan segala kenangan terindah...

Tuesday, September 29, 2009

Salam Lebaran 2009

Masih belum terlewat untuk mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua. Bagi lebaran tahun ini tak sebahagia yang dapat kami rasainya. Since 15hb Sept. nenek masuk hospital sebab ususnya dah pecah. My mom cakap masak jelah apa yang ada sebab orang yang sihat kena makan jugak. So kami ipar-duai masak daging dinding, ayam pencen masak rendang dengan kuah kacang without ketupat (sebab tak ada mood nak mengayam) cuma order nasi impit je.

Selepas bersalam-salaman kita orang sekeluarga berkunjung ke rumah nenek (walaupun nenek kat hospital) sebab adik beradik my mom semuanya berkumpul kat sana. Kalau ikut kebiasannya selepas bersalaman me sekeluarga akan berkunjung ke rumah adik beradik sebelah hubby pulak tapi kali ini hubby kata tak pa. Dalam pukul 1:00 tengahari me (my hubby tolong jaga anak-anak) my mom, mak angah, mak long serta din pergi hospital melawat nenek tapi ketika itu nenek dah kat ICU koma.

Untuk berlaku adil pada hubby, pada hari raya ke-dua kami sekeluarga ikut konvoi beramai-ramai pergi beraya rumah mak saudara tapi nasib baik area Kuala Lumpur je taklah jauh sangat. Dalam beraya-raya pun fikiran teringat kat nenek di hospital.

Sehingga ke hari ini nenek masih di hospital lagi dalam keadaan yang tak sedarkan diri lagi sebab hari Ahad nenek operation untuk tebuk dilehernya. Oklah mood nak menulis tak adalah... entah apalah difikiran nie

Thursday, September 17, 2009

SALAM AIDILFITRI

Salam Aidilfitri kepada semua, maaf dipohon sekiranya terkasar bahasa, gurau senda terlebih ke!
Rasanya mood raya tahun nie tak ada, automatik hilang sebab nenek kesayangan terlantar di hospital dah 3 hari. Susah nak membayangkannya Doktor pun sekejap cakap nak operation kejap tak boleh sebab keadaan nenek macam tu (faktor usia dan keadaan jantung yang tak stabil). Iyelah hanya doa saje yang mampu kupohon.

Saturday, September 12, 2009

KOTA PERMAI GOLF & COUNTRY CLUB

SALAM.... Memang dah lama rasanya tak up-date blog nie.. bukannya apa sibuk memanjang je dengan kerja-kerja di pejabat, di rumah.
Gambar-gambar nie semuanya diambil semalam, kami sekeluarga pergi berbuka puasa di Kota Permai Golf & Country Club di-sponser oleh Majikan suami. Tak rugi rasanya bayar RM45 (kalau tak silap) satu kepala makanannya memang sedap terutamanya kambing panggang.
Tengoklah gelagat anak-anak gembira jer sebab dah kekenyangan Alhamdulillah Amin. Aiman paling seronok semua jenis makanan dia rasa termasuk sushi (ibunya tak minat), ABC 3 mangkuk dibedalnya.
Alamak... Firas tak kenyang-kenyang ke makan, sampai nak makan kakak Nadiah

Sebahagian Staff DIF Logistics (M) Sdn. Bhd. yang berbaju kemeja coklat tulah boss_nya Mr. Murale very nice person... bila habis office hour memang suka berlawak dengan staff-staff. Untuk pengetahuan semua insyallah bulan depan 24hb-25hb Oktober 2009 nak pergi AFamosa kat Melaka Family Day pulak.. Bestnya.





Friday, August 21, 2009

UlangTahun - Rogayah Yusof

Selamat Hari Jadi Ibu.. semoga happy-happy selalu! Ampunkan segala dosa-dosa Ann dan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum kepada Semua,

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:-


i) Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);

ii) Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;

iii) Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.


Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kitabayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, Insyaallah.

'Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak'

Salam Ikhlas dari;


Muhamad Ishak Sharif & Norbahgia Bakri
Serta Anak-anak

Tuesday, August 18, 2009

new Baby Born

Alamak... Nie yang geram tengok orang dapat Baby Baru terasa sesekali teringin pulak (jangan buat pasal Ann... Anak hang kecil lagi). Buat setakat nie alhamdulillah cukup_lah 4 orang (bukannya nak takbur cakap) tapi kalau ada rezeki AMIN. Memang kalau ikutkan nak juga ramai tapi untuk fikirkan kesihatan sewaktu mengandung memang tidak mengizinkan. Yang sebenarnya I nie kalau pregnant ada penyakit Blood Presure_lah since mengandung anak yang no.-2 sampailah no.4 (yang nie BP kalau pergi check-up mesti 130-140/80-85 tak menentu yang sebenarnya nervous). Doktor dah pesan jangan pregnant banyak sangat sebab risikonya tinggi. Apalah I merepek nie, yang sebenarnya nak cerita pasal Baby Farah officemate I (yang kena replace jadi Secretary) masa ambil gambar Baby nie usianya dah 4 hari so sekarang dah 8 hari semakin meningkat usianya.
I ada terima khabar berita jugak dari anak buah hubby Cik Ila kiranya kakak iparnya (Kak Aishah) dah selamat bersalin malam tadi, dapat Baby Girl so sweet... nanti kalau ada gambar I posting_lahnya
S.W.E.E.T... D.R.E.A.M... D.E.A.R
MEGAT MUKHRIZ SHAH

Wednesday, August 12, 2009

aiman aqil BOTOL SUSU?

HA... nie nak dijadikan cerita apalah anak bujangku hisap botol susu. Terkejut aku dibuatnya, patutlah pada mulanya dia suruh adik-adik ikut me naik atas dengan alasan hisap susu sama-sama dengan Is'ad, rupa-rupanya Aiman nak buat projek hisap botol susu. Masa ambil gambar nie me sorok-sorok ambil dari atas tapi tak tahulah dia perasan ke tak? Takpa_lah Aiman nak lepaskan GIAN kot... he..he.. Lupa pulak nak cerita kat Mr. Hubby

motor siapa ye?

Alamak motobike siapa nie yek? Baru pulak tu! TA-DA... kot-kot nak kena lelong kot! Taklah motor nie belongs to Miss Izan adik My SIL la siapa lagi. Sebelum Izan posting masuk dalam blog dia baik Me yang entering dulu kot. Jangan marenya Izan, untung budak-budak sekarang masih belajar lagi dah boleh beli handphone, motor dan kalau anak orang kaya pulak siap dengan kereta tu. Zaman kita dulu punyalah payah... Anyway, jangan pulak nanti izan tak pergi kuliah tapi pergi merempit he.. he.. jangan mare.
Lagi satu jangan marah, Nadiah dah naik dulu siap posing tu nak bawa tak reti so setakat bergambar jelah_nya.


Monday, August 10, 2009

1st Year Birthday

HAPPY BIRTHDAY TO U
HAPPY BIRTHDAY TO U
HAPPY BIRTHDAY TO IS'AD
HAPPY BIRTHDAY TO U
(sepatutnya kat Ibu_kan sebab kalau tak ada ibu tak adalah Is'ad (dan ayah..ha..ha..)
Tapi hari ini Is'ad demamlah pagi tadi dah meragam ingatkan selsema je tapi demam sekali, nie berjangkit dengan Abang Firas_lah nie. Yang sepatutnya hari nie Is'ad kena pergi Klinik Kanak-Kanak untuk cucuk setahun tapi ibu tak bawa sebab demam nanti kalau pergi pun bukannya boleh cucuk kena datang lagi. So Ibu pandai-pandai je nak bawa minggu depan.
Mungkin Is'ad demam tumbuh gigi nie, baru keluar 2 batang gigi dalam usia setahun (anak-anak ibu semuanya lambat tumbuh gigi) dan jalan pun dah banyak langkah... Ibu, Ayah, Abang2 & Kakak sayang Is'ad. Semoga menjadi anak yang SOLEH AMIN

Thursday, August 06, 2009

IOI Mall, Puchong

Salam semua, hari ini mungkin kurang busy sikit pada waktu pagi kot sebab big boss ada meeting kat K.L dan appointment dia dengan seseorang dalam pukul 12:00 tgh kat office nie jadi adalah masa untuk up-date sikit-sikit blog nie. Bukannya apa memang susah nak buat kerja dalam satu masa nie nak jadi Secretary Boss dan lepas boss keluar baru boleh buat kerja sendiri, kadang-kadang tu sampai terlupa yang customer nak itu_lah nak ini_lah so tahan telinga jelah kena marah.. Eh..eh.. apa yang aku merepek nie cerita pasal kerjakan tapi tak palah nak dikongsi bersama-sama apa salahnyakan. Untuk pengetahuan semua, boss aku nak bagi elaun selama 2 bulan nie sebab replace jadi Secretary dia.. Amin!!! sekurang-kurangnya dapat juga buat duit tambahankan... rezeki anak-anak. Berbalik dengan gambar-gambar nie, masa nie kita orang se-family pergi IOI Mall Puchong selepas Majlis Hari Jadi Dhiya saja singgah sebab memang dah lama kita orang tak pergi semenjak pindah kat Andalas Klang. Kalau nak tahu dulu aku tinggal kat Taman Kinrara Puchong rumah hubby. Mr. Hubby beli sewaktu dia bujang dulu tapi sekarang dalam proses jual kat penyewa rumah sekarang. Alhamdulillah ada juga orang nak belikan.. almaklum rumah flat tingkat 5 pulak tu.
Firas muka panic sebab memang tak pernah naik pun kuda nie, Aiman Aqil jangan cakap memang sebahagian permainannya kalau singgah kat IOI nie. Bila time sampai je dia orang pertama yang serbu kaunter tiket nak naik kuda pusing nie (entah apa ke-nama permainan nie) Nadiah pun nampak teruja sebab last dia naik masa umur dlm 7-8 bulan dulu (mana nak ingat sebab baby lagi waktu tu) sekarang umurnya dah nak masuk 5 tahun.

Mr. Hubby yang tolong ambil gambar nie sebab dia jaga Is'ad tengah tidur, aku pun tumpang sekakilah, apa orang kata ada alasan jaga anak takut jatuh dari kuda, walhal happy jugak naik kuda nie walaupun aku bersebelahan je... Ada sesiapa teringin pergilah IOI Mall Puchong bawa bersama anak-anak layan...(siap buat iklan)

Monday, August 03, 2009

Dhiya Birthday

Tarikh : 1hb Ogos, 2009
Masa : 5:00 ptg
Tempat : Blok N-2, Puchong Utama


Selamat hari jadi Dhiya dari Achik Ann.. comel je dia setelah didandan oleh mummy(mak long) gelarannya. Achik Ann tak sempat nak belikan hadiah cuma dapat hulur-hulur je sikit.




Yang sebenarnya buat potong kek nie selepas habis kenduri doa selamat, kebanyakkan budak ada yang dah balik, ada yang turun main kat taman.. InaDin pun masa nie tak sampai lagi, Kak Ina (SIL) balik kampung pulak sebab ada buat majlis hari jadi jugak kat kampungnya tu yang budak-budak tak ramai. Tak lama lagi 10hb hari jadi my little baby pulak 1 tahun...

Thursday, July 30, 2009

Kerja vs Kerja

Morning, apa ceritanya... tak tahu nak mengambarkan betapa banyak kerjanya pada ketika ini. Dahlah kerja sendiri berlambak nie lagi nak kena replace kerja orang. Nak cakap tak boleh buat mana boleh sebab nie atas arahan Pengerusi sendiri. PA_nya dah cuti awal untuk menunggu masa je nie bersalin, menangis aku dibuatnya nie baru seminggu ganti kerja_nya. Nak kejar-kejar buat kerja sendiri, kalau boss aku keluar pergi jumpa orang aku jadi TENSION sebab big boss nak cheque_lah, prepare PV_lah, lepas tu prepare surat itu-surat ini nak jam-jam tu jugak memang giler dibuatnya... Balik semalam memang dah pening kepala aku dibuatnya malam tadi aku dah telan 2 biji panadol, sampai makan pun tak lalu... Suruh ambil staff entah bila nak ambil agaknya...!!!

Friday, July 24, 2009

Hj Bakri Birthday

Happy Birthday Ayah... Hari ini genap umur ayah 65 tahun, alhamdulillah sihat. Tak ada apa yang dapat ku balas segala pengorbanan yang ayah telah curahkan pada kami adik beradik hanya doa saja yang mungkin dapat kami balaskan. Ayah memang tak pernah pukul kami adik beradik (seingat aku la... cuma Ibu je yang selalu pukul kami waktu kami kecil sebab degil) kalau marah pun cuma bising je mulutnya. Bila ku tatap wajahnya sayu je hati nie.... entah tak terkata........???????????????

Tuesday, July 21, 2009

Hujan Rahmat

Salam tengahari, mataku dah mula menggantuk, perutku pula sedang mendendangkan lagu, Tolonglah lapar pulak kurasakan. Kenapa tidaknya sebab kat area port klang tengah hujan lebat nie dari pagi tadi, pukul 9:00 pagi hujan dah mula renyai-renyai (nasib baiklah sampai awal sebab keretaku air-cond rosak) hinggalah saat nie lebat tak terkata. Andalas klang pun yang pasti hujan lebat. Habislah kain bajuku tempias dek hujan. Bagus jugak tak payah siram bunga balik karang...
Apa yang boleh kukata saat ini Hujan itu satu Rahmat dari Allah S.W.T. Bila cuaca panas terik kita pasti berkata bilalah nak hujankan!
Gambar nie aku ambil dari tingkat atas office_lah, sure rehat nie tak boleh keluar. Duduklah dalam office kejung dibuatnya. Memang menggantuk giler!!!

Monday, July 20, 2009

rezeki

Selamat pagi semua... hari ini sudah start minggu yang baru, apa macam ada seronok tak? ke ada yang sedang menghitung hari untuk GAJI... kalau ada samalah kita. tulah kita siapa yang kerja makan gaji bila tiba tika dan waktunya mesti tak sabar2 nak menghitung harinya.

Anyway hari ini kiranya jimatlah saya untuk keluarkan duit untuk beli sarapan, makan tengahari sebab ada orang belanja siap buatkan cekodok ikan bilis, sambal ikan bilis, ayam masak merah dan kari ayam serta pulut kuning. Tuan punya badan cakap memang dah pasang niat nak buat semua tu kalau dapat rumah kos rendah kat K.L. So kita kasi Balun_lah... Apa-apa pun terima kasih daun keladi, kalau ada niat lagi, jangan lupa bawa lagi.

Tuesday, July 14, 2009

BUNGA

Salam semua, hari nie pagi-pagi lagi dah ku pamerkan bunga bonsai, yang setelah sekian lama aku kirim dengan my SIL, dah ku bilang memang dia seorang yang rajin berjalan-jalan dihujung minggu. Mereka sekeluarga pergi beli kat Subang, kalau aku ajak mr. hubby mesti dia malas sebab jauh, lagi satu sebab nanti dengan kerenah baby (cuma alasan je). Thanks SIS
Gambar yang nie pulak, my new collection baru tanam ahad lepas nie. Selepas pergi kenduri kahwin singgah pergi rumah my SIL (sebelah mr. hubby) minta bunga nie (takku tahu apa nama bunganya) tengok cantik je terus minta, tapi kalau tak silap memang ramai orang yang menanamnya. Bila dapat je bunga tu terus pergi beli pasu dengan tanah sekali tapi kita orang pergi dekat-dekat je, dekat dengan area rumahlah. Sebelah kanan tu mr. hubby tanam, dan yang kiri tu I_lah yang tanamnya. Kita orang saja nak tengok bunga siapa yang akan hidup subur serta rimbun nanti.


Saturday, July 11, 2009

Your Are The Best

Award n tag (2 in 1) Pakej .....
Terima kasih kepadaFariena kakak iparku
1• Write five (5) interesting facts about the person who gave you this award. Fariena ialah...
i) pada ketika dulu I cuma panggil Ina walaupun Kakak Ipar sebab tua I setahun, tapi my mom marah sebab pangkat Kakak panggil je (ketika tu my SIL tak kisah pun)
ii) yang mengajar tentang blogger nie, dia yang banyak tolong untuk menokok tambah blog I
iii) rajin jugak melayan karenah I, Kak Ina jom kita pergi sana... pergi sini.. Kak Ina said : OK je...
iv) dah pandai buat chesse kek
v) setahu I, Kak Ina nie memang suka berjalan

2. Jot down ten (10) interesting facts about yourself or your hobbies
i) pada ketika dulu memang lebih suka mengemas dari memasak tapi sekarang dah boleh memasuk buat kuih, kek cuma memang tak suka menjahit
ii) anak ke-2 dari 6 adik beradik
iii) mendirikan rumahtangga ketika usia 23 tahun, dan mempunyai anak yang sulung ketika usia 24 tahun
iv) pada ketika ini mempunyai 4 cahayamata (aiman 9 thn, nadiah 5 thn, firas 3 thn, is'ad 11 bln)
v) masih bekerja
vi) nak kena belajar banyak pekara tentang ilmu2 dunia & akhirat.
3. Pick your ten (10) most deserving receipients and describe them.
k ina - kakak ipar... isteri abangku yang sulung Mohd Farizal
sall - kawan kakak ipar nice person
syafinaz - kenalan dalam blog
4• Leave a comment on the receipients’ blog to tell them they’ve been tagged. To all above...rajin² lah buat yer....
5• Paste the award badge in your sidebar. Nanti I rujuk kat my pakar computer...

SABTU HARI BORING

Bosannya aku hari nie, kebanyakkan orang dah tak kerja pada hari sabtu tapi katakan tidak untuk Company aku.. so boring., kenalah jugak ku gagah diri untuk pergi kerja, bila sudah sampai kena pulak menapak anak tangga hingga ke tingkat 4. Apa lagi yang kena buat terpaksa juga mengadap PC buat kerja tapi buat kerja lain. Bilalah agaknya Company aku nak buat macam Company orang lain cuti pada hari sabtu tak pun ikut turn. Nie mesti lambat rasanya jam nak berputar ke pukul 1 tghari ibarat macam bekerja pada hari biasa je. SO BOSAN

Tuesday, July 07, 2009

SMILE

Thanks a lot to my SIL kerana rajin beri award kat I;
1. Kenapa korang rasa korang patut dapat award nie? Ntah la yer...dah orang nak bagi...terima jer lah kan & maybe memang suka SMILE kot!!!
2. Ucapkan penghargaan korang pada sapa setelah terima award ini? TERIMA KASIH kepada ROSLINA sebab sudi bagi ANN award yang cantik ini.
3. Korang wajib bagi 10 orang penerima award ini pulak? Akan tetapi siapa lagi nak kena yek!
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

Monday, July 06, 2009

Cuti Je...

Salam semua, bila penyakit dah datang memang malas nak up-date blog nie... hari ini memang me fully jadi housewife sebab asyik cuti je dari Jumaat hingga_lah hari ini. Bukannya apa sebab my mom & my dad pergi Melaka menghantar adik yg bongsu pergi IKBN. Siapa pulak yang nak menjaga anak-anakku so cutilah... Actually cakap dengan boss EL sebab takut nak apply awal-awal tu yang SMS je (licik tak dah biasa buat pun). Apa lagi buat house keeping_lah kat rumah tu., membasuh apa yang patut dan yang paling penting kasi BALUN. Rasa seronok juga sebab melayan anak-anak nie, pergi ambil sekolah, hantar ke sekolah tapi dengan syarat Baby tak ada hantarlah kat rumah Penjaga. Jap lagi nak sediakan makan malam pulak..

Wednesday, July 01, 2009

BEST BLOG


Now I have to follow the rules and the rules are : -
1) Accept the award, post it on your blog together with the name of the person who has granted the award and his or her blog link.

Thanks to ROSLINA which forward the award from hasue... Thanks a lot friends..
2) Pass the award to 15 other blogs that you’ve newly discovered. Remember to contact the bloggers to let them know they have been chosen for this award.
no need_lah coz dah ada yg kena TAG
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.

Tuesday, June 30, 2009

Amaran Terakhir

Masa dalam perjalanan keluar office, walhal baru keluar simpang dari Jalan Pelabuhan, sesungguh seumur hidup aku (lepas sekolah) selepas dapat lesen kereta inilah first time kena warning dengan abang uniform (abang polis). Aku selamba jelah sebab bukan aku je yang selalu buat U-turn dekat laluan kereta api pada hal ramai lagi yang membuatnya termasuk mr big boss aku. Tapi nak buat macamana hari ini memang bukan hari-hari sebelum ini. Terkedu dibuatnya tapi control ayu gitu dalam hati berkata nak berhenti ke (sambil slowkan kereta sikit, konon-konon buat bersalahlah tapi memang betul pun) kat depan tu sebab abang polis tu dah pandang semacam sambil berkata
Abang Uniform : Lain kali jangan U-Turn kat laluan keretapi lagi, Ini amaran terakhir
(sambil menujuk jari) dan terus memecut laju...
Aku : Cuma mengangukkan kepala (dalam hati selamat duit aku)
tersengih-sengih tahu salah
Nasib baiklah aku memakai tali pinggan kalau tak confirm dah kena tahan... Mungkin sehari dua nie kenalah ikut traffic light macam biasa lambat pun lambatlah nanti dah lama-lama sikit buat balik..

Saturday, June 27, 2009

JJ Bukit Tinggi - Secret Recipe

Alhamdulillah kenyang, hari ini kita orang office-mate pergi makan kat Secret Recipe. Masing-masing teringin sebab semalam dan hari sebelumnya kita orang puasa sempena menyambut bulan Rejab, so bila puasa masing-masing teringat nak makan itulah, inilah (macam budak-budak pulak) makanan nie pilihan Pn. Donna, tapi share dengan I. Pembaca tak teringin nak pergi Secret Recipe ke I tolong membuka selera je.
ha.. this one my choice tapi share dgn Pn Donna jugak sbb nak rasa dia punya

Pn Norlijah pula pilih chicken chop dengan minuman capacino panas, yang gelas tinggi tu Pn Farah punya chocolate shake

Tengah makan pun sempat nak posing Pn Nor Azlinda nie.. memang suka berposing " I Like..."



Friday, June 26, 2009

Happy Birthday 9th year

Salam semua,,, hari ini birthday my son yang sulung Aiman Aqil, (dah besar anak ibu) Ibu berharap agar Aiman menjadi anak yang soleh dan menjadi Ikon kepada adik-adik bila besar nanti. Tak ada sambutan yang meriah melainkan ayah belikan kek untuk meriakan ulangtahun kali ini. Apa-apa pun adik-adik yang lain suka bila nampak kek tu sebabnya nak tiup lilin (berebut nak tiup).
Lepak time selepas semua kekenyangan. Amin


Tuesday, June 23, 2009

New Hobby

Aiman Aqil mempunyai hobby yang baru... semakin cekap aiman bermain chess nie, katanya nak kalahkan ayahnya sebanyak yang boleh. My hubby memang sengaja nak ajar anaknya bermain chess nie katanya biar otaknya berjalan dan berfikir. Hubby pun dah pernah bagi peluang menang pun kiranya 3-6.
Berfikir ibarat bermain dengan pro... tak palah aiman asalkan benda yang baik ibu izinkan.. Memandangkan keputusan examnya (untuk sek. agama) baik hubby belikan Domino malam tadi so I tak masaklah apa lagi ambil peluang je..

>>> Sekolah Agama dapat no.6 peratusnya 91.2 (kelas no.1)
>>> Bacaan Al-quran dapat MUMTAZ alhamdulillah amin

>>> Sekolah Kebangsaan dapat no.35 peratusnya 88.9 (kelas no.1) agak menurun sikit exam yang lepas no.35 sama tapi peratusny memerangsangkan 91.6

Aktiviti Di Hujung Minggu

Salam sejahtera semua, Masuk pulak minggu baru nie yang tak sabar nak menunggu hari GAJI pulak, almaklumlah bulan nie banyak sangat aktiviti yang dijalankan. Semalam pergi rumah orang kahwin pun kenalah memberi jugakkan apatah lagi kalau orang tu dikenali jiran kat rumah ibu I, kiranya masa I kahwin dulu pun dia salah seorang "orang kuat"...FIRAS FAZARI IN ACTION
Tengoklah tu sambil menunggu ketibaan pengantin my son firas suruh ambil gambar posing dia, ENTAH ikut sape nie yek kalau ikutkan I memang tak suka bergambar sama jugak dengan mr. hubby I. Nie mesti my SIL (mak long) yang suka suruh dia posing2 kalau bergambar.
Another picture konon-kononnya tak pandanglah tu... OKLAH TU>>>
PEgantin dah sampai bagai pinang dibelah dua, sama cantik sama padan, teringat pulak zaman-zaman I dulu.. kalau difikir-fikirkan malu pulak. Sekarang ambik kau 4 hasl dah keluar dan badan pun dah tak macam dulu lagi. Oh tidak!!!!!

Macam muka Ikin pulak isteri Mawi... pembaca perasaan tak yg kat belakang tu yang berbaju coklat bersangkut camera kat lehernya apalah my SIL Ina (camerawoman bidang terjun katanya)




Friday, June 19, 2009

SUSU FORMULA

Muhamad Is'ad Ilyas bin Muhamad Ishak with Ibu
Salam semua... kepala tengah berfikir-fikir apakah betul susu dikeluarkan/diedarkan di Malaysia kini masih samar2 walaupun sudah ada tanda Halal disetiap tin @ packing yang mereka buat. Perkara ini bukannya baru sehari-dua saya mendengarnya akan tetapi sudah sekian lamanya terdengar, mendapat kiriman e-mail. Hati ini masih menjadi tanda tanya BOLEH KE? cuba pembaca melihat isi kandung kiriman e-mail di bawah ini;
Susu similac ni adalah product Abbott Laboratories selain, similac, Abbott Laboratories juga distribute susu-susu berikut:
>1) Isomil>
>2) gain>
>3) gain plus>
>4) grow>
>5) pediasure>
>6) ensure>
> > > berkaitan status halal/tak halal tu, harap kita dapat information a.s.a.p. Info utk kenkawan yg ader anak/adik/anak sedara yg minum susu.
Pekara ini membuat saya ragu-ragu, ini disebabkan bayi saya minum susu ISOMIL adakah mungkin saya akan membuat penukaran susu Bayi saya untuk bulan akan datang... Tolong!!! Insan yang masih ragu-ragu(was-was). Semoga diampuni dosa-dosa hambamu ini. AMIN

Wednesday, June 17, 2009

Family Day Part III (hari ke-2)

Wah ada lagi cerita nie tak habis-habis pasal my family day hopefully semua pembaca tak bosan, saya saja nak berkongsi bersama-sama. Ini cerita pada hari ke-2 dimana kami mengadakan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak. Lihatlah gambar di bawah tu aiman khusyuk mewarna bagi katergori 7-10 tahun. Kelihatan sepupunya juga Safwan, kelihatan Ika cuma separuh je... sorry Ika, Cik Ann tak ambil gambar elok2.
Nie bagi Kategori 4-6 tahun, Nadiah dan Noh sepatutnya je tapi disebabkan cuma berdua saje, saya selitkan juga Firas, walhal member baru umur 3 tahun, nak lihat hasil kerja mereka lihatlah di bawah;
Ta Da.. Kategori 4-6 Tahun dimenangi Oleh
1st - Adik Noh
2nd - Adik Nadiah
3rd - Adik Firas (kalah pun dapat hadiah sebabnya cuma 3 peserta je)
Nie pulak bahagian bapa2
1st - Abang Omar, 2nd - Ahmad Rashid, 3rd - sorry x ingat
4th - pun x ingat, 4th - 5th - my hubby
6th - , 7th - Firdaus, 8th - Abang Ya
Bahagian Ibu-ibu pulak ada senaman Poco-poco, saya tak masuk pun sebab seperti biasa jaga my Baby_lah, kalau tak mana nak dapat gambar nie kan saya jaga camera woman_lah
Diadakan juga majlis harijadi bagi mereka yang dilahirkan pada bulan Jun, diantaranya my son Aiman, Ika (anak Kak Teh), Mak Nyah, dan Ayah Long.
Diantara permainan Bingo yang telah dianjurkan oleh my hubby, memang kita orang enjoy.