Tuesday, June 15, 2010

Hari Bersantai

Semalam aku ambil E/L jer sebab nak meluangkan masa bersama2 anak sempena cuti sekolah nie. Kiranya memang seharian kami keluar bersantai, anak-anaklah yang paling seronok tapi kesian yang bongsu Is'ad terpaksa aku tinggal sebabnya kami pergi tengok wayang.


Tengoklah tu anak sulungku dah pandai nak berposing-posing.

Yang nie pulak... sape lg kalau bukan Ann Bahgia Bakri bersama hubby tercinta

Firas memandu kereta Mercedez hehe... takpalah janji ada logonya jer.

Ayahnya sempat jugak nak posing bersama anak2 tersayang... LUV U

Banyak2 gambar... gambar yang nie paling aku suka. Tengok tu manja jer Firas bersama kakaknya. Bila cakap ambil gambar terus dia posing macam tu tak payah disuruh2.

Apa lagi kali nie kita orang tengok The Karate Kid pulak... cerita nya mula2 tu mcm lembab tapi bila pertengahan cerita kira oklah sebab kata karate kid takkan nak lawan beria2kan macam cerita Jackie Chan yang asal.

Monday, June 07, 2010

The House of Phat Diva Mama Sanggul Arab. Is it HARAM

Gambar di atas contoh inner_nya



Maklumat ini aku perolehi dari email temanku. Sekadar renungan dan info sesama kita dan sebagai orang Islam haruslah kita fikir sejenak.


---------------------------------------------


It's a trend nowadays that many muslim Malaysian women are into the new hijab wearing i.e. wearing a shawl-like syrian style hijab. I posted on my FB status recently stating thaht I too, would to wear the syrian women hijab style with high bun but unfortunately my hair is short thus cannot tie or do a bun at all. I also received few suggestions to buy fake buns online or at Arzu, KLCC.


I used to study in an arabic-medium school and had learned thaht when you wear tudung, you're not supposed to show any indication that your hair is long by tying your hair really high/do a bun until men can notice the presence of your long hair eventhough you wear your cover/hijab. That defeats the purpose of wearing a hijab. However, I can't remember the hukum whether it's haram or harus or makruh.


Being curious, I googled about this sanggul arab issue and found the hadith related :


Quate :

"akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka (isteri atau anak perempuan) berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis & ketat). Di atas kepala mereka pula terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat" - hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms.223.


Rasulullah s.a.w bersabda :

"dua golongan penghuni nerka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka di dunia; golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakanya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian sepeti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini" - hadith riwayat Muslim. Hadith no. 212

--------------------------------------------

Kalau nak ikutkan memang aku dah ada 2 helai tudung jenis nie tp sanggul tu mmg ada niat nak beli tp bila dah baca artikel nie mungkin tidak.

Monday, May 31, 2010

Hari Keluarga

Hari Keluarga * Hj. Sharif & Hjh. Jamiah* 11K-1

Pada : 28hb - 30hb Mei, 2010

Bertempat : Pantai Indah Seaview Resort, Jeram Selangor.


Anak2ku seronoklah dapat mandi di swimming pool bersama sepupunya kakak Aishah.
Firas menjadi model baju & tag yang telah dihasil ilham oleh Fauziah Zakaria nama glamournya Gee Sham.
Pada sebelah malamnya diadakan acara "Mei Istimewa" iaitu menyambut hari kelahiran ahli2 keluarga termasuk diriku 29hb Mei, 2010... Abg Hafiz 27hb, Firas 10hb, As 9hb dan Kak Senah. Selepas tu kami buat Persembahan Keluarga dimana semua ahli keluarga WAJIB membuat apa-apa pun persembahan, dan telah dimenangi oleh Keluarga Abg Isa & Kak Hajar.

Yang sebenarnya banyak lg acara2nya, nak tulis macam malas jer. tapi tak pa ku pendekkan listing ada permainan linggo, penyampaian hadiah kecemerlangan akademik, hadiahku hadiahmu.
Pada malam ke-2 diadakan acara pertandingan karaoke, Aiman pun masuk hehe... 1st time pulak tu yang kelakarnya sebelum turn Aiman dia basuh muka mungkin takut kot (org lain x perasan cuma ibunya jer yg perhatikan setiap saat gerak langkahnya). Ayahnya pun masuk jugak tapi dah biasa, apa lagi buat lawak2lah.

Objektif utama untuk mengeratkan hubungan silaturahim, menambahkan kemesraan & kasih sayang seluruh keluarga supaya ingatan sentiasa berkekalan tiada sempadan dan yang paling penting saling mengingati dan mengenali antara semua lapisan generasi keluarga terutama sudah mencecah generasi ke 4.

Wednesday, May 26, 2010

hihi

WELCOME BACK...

hisss bersawang giler blog nie.., nie pun saje singgah jap anyway Welcome Home...