Monday, May 31, 2010

Hari Keluarga

Hari Keluarga * Hj. Sharif & Hjh. Jamiah* 11K-1

Pada : 28hb - 30hb Mei, 2010

Bertempat : Pantai Indah Seaview Resort, Jeram Selangor.


Anak2ku seronoklah dapat mandi di swimming pool bersama sepupunya kakak Aishah.
Firas menjadi model baju & tag yang telah dihasil ilham oleh Fauziah Zakaria nama glamournya Gee Sham.
Pada sebelah malamnya diadakan acara "Mei Istimewa" iaitu menyambut hari kelahiran ahli2 keluarga termasuk diriku 29hb Mei, 2010... Abg Hafiz 27hb, Firas 10hb, As 9hb dan Kak Senah. Selepas tu kami buat Persembahan Keluarga dimana semua ahli keluarga WAJIB membuat apa-apa pun persembahan, dan telah dimenangi oleh Keluarga Abg Isa & Kak Hajar.

Yang sebenarnya banyak lg acara2nya, nak tulis macam malas jer. tapi tak pa ku pendekkan listing ada permainan linggo, penyampaian hadiah kecemerlangan akademik, hadiahku hadiahmu.
Pada malam ke-2 diadakan acara pertandingan karaoke, Aiman pun masuk hehe... 1st time pulak tu yang kelakarnya sebelum turn Aiman dia basuh muka mungkin takut kot (org lain x perasan cuma ibunya jer yg perhatikan setiap saat gerak langkahnya). Ayahnya pun masuk jugak tapi dah biasa, apa lagi buat lawak2lah.
video

Objektif utama untuk mengeratkan hubungan silaturahim, menambahkan kemesraan & kasih sayang seluruh keluarga supaya ingatan sentiasa berkekalan tiada sempadan dan yang paling penting saling mengingati dan mengenali antara semua lapisan generasi keluarga terutama sudah mencecah generasi ke 4.

4 Comments:

Fariena said...

well done...baguslah tuh mengeratkan hubungan kekeluargaan, supaya generas bawah nie x lupa sedara mara sendiri n saling mengenali nanti.

ann said...

Yalah... sbb tu kita pun selalu buat BBQ_kan, kiranya Family Gathering

^^ iLa_siNdaReLa ^^ said...

hehe.. ye ke aiman basuh muka cik ann?? x prasan.. ila dr awl smpai akhir mengadap pentas.. hehe..

ann said...

yap..Ila, geli hati tgk dia, Ila kan jd camerawoman mestilah kena stay kat depan. hehe