Friday, November 06, 2009
4 Punca Hidup Manusia Tidak Tenteram
Salam... alangkah damainya cuaca di-pagi hari ini dan syukur alhamdullillah kita masih lagi diberi peluang untuk bernafas dan menikmati keindahan dibumi Allah S.W.T. Amin
Di sini Bahgia nak berkongsi bersama-sama pengetahuan yang diperolehi dari teman2 internet.
4 punca hidup manusia tidak tenteram
SEKUMPULAN bekas pelajar sebuah universiti berkumpul menziarahi bekas pensyarah mrk. Pensyarah itu amat gembira menerima kdtgn bekas pelajar yg berjaya dlm jurusan & kehidupan masing2. Mereka bertanya khabar dgn penuh mesra & terus terang. Perbincangan berlanjutan sehingga menyangkut kpd permasalahan berbentuk peribadi. Ada yang mengeluh, mengadu, meluahkan perasaan yg tertekan dgn pelbagai permasalahan, tekanan hidup berkeluarga, dgn rakan di tempat kerja serta masyarakat sekeliling. Pensyarah itu hanya tersenyum & terus menuju ke dapur utk mengambil cawan pelbagai bentuk & warna. Ada yg dibuat drp tembikar, kaca & plastik. Ada yg cantik, penuh hiasan, kelihatan mahal & ada yg biasa saja & murah. Pensyarah itu menjemput semua bekas anak murid itu minum menggunakan cawan pilihan mereka.
Apabila semua bekas pelajar itu mengambil cawan yg terisi air, dia pun berkata: "Jika kamu perhatikan, semua cawan yg cantik & mahal itu diambil, yg tinggal hanya cawan yg biasa2 & murah! "Begitulah lumrahnya kita hanya akan memilih yg terbaik (menurut pandangan luaran), sebenarnya itulah punca masalah & tekanan hidup yg kita semua hadapi!" Apa yg kita perlukan sebenarnya adalah air, bukan cawan itu, tetapi kita secara tidak sedar memilih cawan yg cantik saja! Demikianlah kehidupan ini ibarat air. Kerjaya, wang ringgit & kedudukan dlm masyarakat semuanya umpama cawan yg beraneka warna itu. Semua itu adalah alat/pemudah cara utk meneruskan hidup tetapi kualiti hidup tidak berubah. Jika kita hanya menumpukan perhatian kpd cawan, kita tidak ada masa utk menghargai, merasakan & menikmati air itu!Apa yg pensyarah itu katakan bertepatan dgn apa yg al-Quran bentangkan mengenai jiwa manusia yg selalu berkeluh kesah & tidak pernah rasa cukup. Pelbagai permasalahan kita berpunca daripada 4 perkara:
1) Kita hanya memandang & menginginkan apa yg ada pada tangan orang lain. Kita tidak nampak/lupakan nikmat di dlm genggaman kita. Walhal,Allah telah beri kpd kita. Oleh itu kita tak rasakan 'keseronokan'/terasa nikmat dgn pemberian itu.
2) Kita terlalu byk 'komplen'/komen/mgadu/mgeluh serta menyalahkan keadaan hingga kpd pmasalahn sekecil2nya dlm khidupn dunia ini. Tapi, kita sering lupa kesusahan/penderitaan sebenar yg bakal dhadapi akhirat kelak.
3) Kita terlalu mengejar kemewahan/kemegahan/glamor kehidupan hingga lupa tujuan hidup kita sebenarnya. Inilah ujian hidup yg kita rasakan amat memeritkan utk dihindari, pada hal kita tahu ganjarannya adalah syurga drp Allah.
4) Kita selalu menganggap kehidupan di dunia ini utk hidup selama2nya. Oleh itu, kita menghabiskan seluruh sumber dlm diri semata2 utk membina pengaruh, mengumpul harta & kemasyhuran diri seolah2 'kematian' itu utk org lain, bukan utk kita. Kita lupa semua kejadian akan mati & walhal akhirat adalah kehidupan abadi.
Oleh itu, dari sekarang kita hentikan perangai suka komplen, komen & berkeluh kesah. Hargailah kehidupan ini. Jalani kehidupan sbg khalifah Allah, melakukan yg makruf, melarang yg mungkar. Syukuri nikmat yg ada & panjangkan nikmat ini kpd org lain dgn memberikan khidmat menolong & memudahkan kehidupan orang lain.
Pernah suatu ketika Saidina Ali ditanya oleh seorang lelaki: "Jika diberikan pilihan, mana satukah yg kamu pilih?, Kehidupan di dunia @ mati? Jawapan baginda memeranjatkan lelaki itu: "Saya akan pilih kehidupan di dunia, melalui perjuangan dalam kehidupan ini, saya mendapat bekalan untuk mencapai keredaan Allah di akhirat kelak. "Moga seluruh perjalanan hidup kita diredhai & dirahmati oleh Allah.
Apa guna hidup seorang hamba tanpa keredhaan penciptaNYA.
Luahan kata ann 0 comments
Thursday, November 05, 2009
Mukjizat/Kelebihan BISMILLAH
Salam,... lama rasanya tak up-date dlm blog nie.. bukannya apa tetiba mood utk nak berblog totally hilang serta-merta. Sekarang Bahgia in da house.. cuma disini untuk berkongsi pengetahuan sesama kita semoga apa yang kita buat ini dpat berkat daripada Allah S.W.T. Amin
Mukjizat di sebalik BISMILLAH BISMILLAH adalah sebutan/nama sin gkat dari lafaz' BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM ' yang bermaksud ' Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH
1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.
2. 'BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. ' (Hadith Qudsi)
3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.
4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sa kit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.
5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.
6. Jumlah huruf dalam BISMILLAH ada 19 huruf dan mal aikat penjaga neraka ada 19 (QS.AL Muddatsir:30). Ibnu Mas' ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 mal aikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. '
7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '
8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.
9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya. 10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.
11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.
Luahan kata ann 1 comments
Labels: am
Tuesday, October 06, 2009
Pemergian Nenek Tersayang
Kesedihan masih terasa bersarang dihati kami semua.. Pemergian nenek tercinta pada 3 Oktober, 2009 jam 3:00 petang (doktor mengesahkan).. Aku sempat menatap wajah nenek disaat-saat akhir hayatnya pada jam 1:50 petang waktu tu aku tenang je walaupun sebelum2 ini aku mengziarahinya boleh dikatakan setiap hari pasti mengalir air mata tapi pada hari tu emosi aku dapat dikawal.. Akan aku mengabadikan segala kenangan terindah...
Luahan kata ann 0 comments
Labels: nenek
Tuesday, September 29, 2009
Salam Lebaran 2009
Masih belum terlewat untuk mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua. Bagi lebaran tahun ini tak sebahagia yang dapat kami rasainya. Since 15hb Sept. nenek masuk hospital sebab ususnya dah pecah. My mom cakap masak jelah apa yang ada sebab orang yang sihat kena makan jugak. So kami ipar-duai masak daging dinding, ayam pencen masak rendang dengan kuah kacang without ketupat (sebab tak ada mood nak mengayam) cuma order nasi impit je.Selepas bersalam-salaman kita orang sekeluarga berkunjung ke rumah nenek (walaupun nenek kat hospital) sebab adik beradik my mom semuanya berkumpul kat sana. Kalau ikut kebiasannya selepas bersalaman me sekeluarga akan berkunjung ke rumah adik beradik sebelah hubby pulak tapi kali ini hubby kata tak pa. Dalam pukul 1:00 tengahari me (my hubby tolong jaga anak-anak) my mom, mak angah, mak long serta din pergi hospital melawat nenek tapi ketika itu nenek dah kat ICU koma.
Untuk berlaku adil pada hubby, pada hari raya ke-dua kami sekeluarga ikut konvoi beramai-ramai pergi beraya rumah mak saudara tapi nasib baik area Kuala Lumpur je taklah jauh sangat. Dalam beraya-raya pun fikiran teringat kat nenek di hospital.
Sehingga ke hari ini nenek masih di hospital lagi dalam keadaan yang tak sedarkan diri lagi sebab hari Ahad nenek operation untuk tebuk dilehernya. Oklah mood nak menulis tak adalah... entah apalah difikiran nie
Luahan kata ann 0 comments
Labels: salam2009
Thursday, September 17, 2009
SALAM AIDILFITRI
Salam Aidilfitri kepada semua, maaf dipohon sekiranya terkasar bahasa, gurau senda terlebih ke!
Rasanya mood raya tahun nie tak ada, automatik hilang sebab nenek kesayangan terlantar di hospital dah 3 hari. Susah nak membayangkannya Doktor pun sekejap cakap nak operation kejap tak boleh sebab keadaan nenek macam tu (faktor usia dan keadaan jantung yang tak stabil). Iyelah hanya doa saje yang mampu kupohon.
Luahan kata ann 0 comments
Labels: ann
Subscribe to:
Posts (Atom)

