Wednesday, January 28, 2009

Hajaba



Akhirnya dapat jugak tudung hajaba... Ku redah jugak dengan my SIL pergi beli kat kompleks... Thanks a lot SIL sebab melayan karenah adik ipar U nie...

Fizza Hut

Last sabtu hari tu, kami anak beranak pergi belanja barang dapur kat Giant Klang, lepas tu Aiman nak sangat makan kat Fizza Hut pergi la... makannya idak banyak mana tapi budak2 nie tahu je la asal gerak je mesti nak makan kat luar... layan je la... nasib baik ayah budak2 ni dah gaji...


Tengoklah muka Aiman tu gembira je dapat makan Fizza Hut... tgh menghirup soup mushroom sementara mengunggu fizza dan lasagne sampai...

Tak kurang jugak dengan Nadiah nie... Dia suka dgn mushroom soup kat Fizza... Firas cuma minum air je... lambat pulak sampai Fizzanya Dia.. tapi ibu nak cepat nie sebab dah janji dengan mak long nak pergi beli tudung...



Saturday, January 24, 2009

Lunch Hours

Lunch...

Hari ini sebenarnya memang tak tahu mana nak pergi lunch... Myself pun sememangnya tak berapa sihat fever & flu la, tapi ikutkan juga member nak kuar.. Nak tahu mana arah-tuju kita orang tip-top smpi ke SACC Mall alamak jauhnya dari office port klang.. hati sememangnya tak berapa syok sebab takut lambt masuk office..


Dalam tak sihat badanpun (sembab muka) sempat posing dgn farah sementara tunggu member yg sorang tu pergi toilet.. cantikkan back ground sempena Chinese New Year nie.. ikutkan hati nak shopping tapi belum gajila..


Kita orang makan kat Palma restoran.. Alamak hari nie nasi goreng cina masin giler tu, minta tukar memang tak boleh makan tapi take away la coz memang tak sempat nak makan.. makanlah dalam kereta.. Sampai office pukul 2.45 ptg.. Muka masing2 blerrrrr....

Tuesday, January 20, 2009

Officemate Last Day

Gambar di atas anak boss ija, nor & farah


Dari kiri Donna, farah, hasliza(yong)-yang resign, linda

Dari kiri I (manis tak)

Hari ini Yong last day... so touching la sebab dah lama bekerja bersama2 almost 7 years klu x silap la.. katanya nak jadi fulltime housewife.. Bilalah turn I nak duduk rumah jaga anak2, hantar anak ke sekolah, memasak, mengemas.. bukannya tak buat, buat tapi setakat half-day je... Insyallah dalam this week kita orang buat makan2 untuk Yong... Semoga berbahagia selalu YONG and always keep in touch...



Saturday, January 17, 2009

Tudung Hajaba

Esok my SIL nak belikan tudung Hajaba yang dikirim oleh I, tak sabar rasanya... Harganya pejam mata jela.. yang penting puas hati so bulan nie beku beli LACTO-FIBER... Yang sebenarnya nak ikut tapi BB Is'ad tak ada orang nak jaga, nak mintak tolong makcik yang jaga Is'ad segan pulak.. minggu lepas masa pergi rumah orang kahwin dah tinggal.. Warna yang dipesan Black @ Brown.

Memori di Zaman Sekolah

Gambar kat atas tu Cikgu Noraida, sebelah tu mira, fizah (my best friend till now)


Teringat sewaktu di zaman persekolahan dulu... salah satu aktiviti yang kena ambil "Sofball" jangan marah... waktu tu gara2 terikut member join sofball lah.. walhal bukan pun reti main sangat.. Kalau nak tahu bola yang dikatakan soft tu, pernah singgah dileher nie... nak pengsan rasanya.. lepas kejadian tu tahun seterusnya terus tak join... konon2nya nak ikut member padahal dia org dah lama join so... cekaplah tangkap bola yang kita nie teragak2... tu yang berdebussss...

Thursday, January 15, 2009

is'ad

salam semua...
wajah2 ceria is'ad kat rumah nenek....

Tuesday, January 13, 2009

"BLACK OUT"

GERAMNYA.....

Tadi up-date blog.... tiba2 black out kat office. Dahlah kita nie.... tak ada masa nak up-date sebab banyak kerja. Tensionnnnnn..................... membuatkan hilang mood...bye...

Nadiah menangis dalam kelas

Assalamualaikum...

Selamat pagi.... hari ini aku mengalami situasi di mana DIA menangis dalam kelas, cikgunya bagitahu semalam pun DIA menangis. Bila ditanya kenapa nangis DIA jawab "DIA nak ikut ibu pergi work DIA tak nak sekolah" asalnya dia nampak kawan dia merengek dgn ayahnya.... bila DIA nak salam aku terus dia menangis... hati keibuan kuat membuatkan aku sungguh "touching" sebak... tapi aku terus berlalu pergi.
Aku call hubby tanya semalam DIA nangis tak masa hubby hantar... katanya ok je, aku tunggu jap lepas tu intai kat kelas DIA... tengok dari jauh DIA dah ok... Cikgu DIA cakap pergi je nanti diamlah... barulah lega hati aku...
Aku harap janganlah berlarutan menangisnya nanti... sebab tak tahu nak handle nanti... takut aku je terikut menangis nanti :-) Abang DIA, AIMAN alhamdulillah tak pernah menangis je sekolah.
Oklah ini aje... nak dikongsi bersama... smbg buat kerja..

Thursday, January 08, 2009

Nadiah DAH Bersekolah


Rasanya tak terlambat nak wish Happy New Year and Maal Hijrah 1430..... ya....

Hari ini, hari ke-2 puteriku pergi ke Pra-sekolah, Alhamdulillah senang nak bangun pagi, mandi dan nak menguruskannya. Yang penting tak menangis langsung.


Gambar tu Dia dengan Kakak Ana..