Monday, March 30, 2009

SUKARIA CERIA BERSAMA ASTRO - PUSAT EQUESTRIAN BUKIT TIARA

Seawal 6:00 pagi Aiman dan Nadiah dah dikejutkan oleh Ayah kerana ada aktiviti bersama Astro Sukaria Ceria... Yang paling bersemangat sudah tentunya Aiman sebab sebulan awal asyik suruh ayahnya daftarkan... Me, Firas and My Sweet Little Baby Is'ad tinggal di rumah... kerana Is'ad demam panas ingatkan nak tinggal di rumah penjaga tapi tak sampai hati nak ditinggalkan dalam keadaan yang tak sihat...

Antara gambar yang telah diambil oleh mr. hubby... Nadiah bersama2 dengan mr. Mat Kacau sukalah dia... Nampak macam meriah kalau Firas pergi mesti dia suka sebab dia suka tengak Mat Kacau dengan Abang Zoey.
Gambar di atas antara aktiviti yang diambil oleh Aiman Aqil... acara tu kena menang 5 kali tapi Aiman cuma menang 2/5 je so tak dapatlah hadiah yang diperolehi cuma souvenir je tapi di dalam macam2 ada. Nadiah masuk juga acara tapi lebih handal dari abang Aiman, Dia menang 3/5 tapi tak juga dapat hadiah..

Aiman bagitahu yang Nadiah buat malu je sebab menangis nak-kan hadiah di atas pentas walhal kalah dalam permainan yang telah diaturkan, dah nama budak2 mestilah nak kan...

Pukul 11:30 pagi dah sampai rumah hubby cakap malas nak tunggu sampai pukul 2:00 ptg, sebab di Sekolah Aiman ada perjumpaan PIBG so rushing-lah dibuatnya.

Monday, March 23, 2009

Wayang Lagi...

Semalam kami sekeluarga pergi tengok wayang, kali ini cerita orang putih pulak Race To Witch Mountain... riadah dihujung minggu bersama anak2. Actually memang dah janji dengan anak2 dari last week sebab my mom, adik2, ipar-duai, makcik2 semuanya pergi singapore sewa 1 bas so yang kena tinggal me satu keluarga dgn ayah me jela..


Aiman dengan aksi bersahaja konon2nya.. dah bujang anak ibu.. Sementara menunggu ayah beli pop corn, air dengan burger makan time tu jugak sebab masing2 tak ambil lunch kelaparan..

Aksi manja Firas Fazari, dah panjang rambut nanti kena gunting rambut tapi kalau nak tahu dia nie penakut sikit.. tak tahu kenapa..

Another picture from Nadiah Nasuha tapi semalam dia bad mood, tak nak bergambar...




Monday, March 02, 2009

Agar-agar Karamel

Salam... Hari ini me masak petang je... sebab tengahari pergi rumah kahwin..

Balik je dari kenduri terus buat karamel nie; ambil dlm blog mat gebu...

Request by SIL

Bahan2 :-

600 ml Air
300 ml Susu Cair
8 g Serbuk agar2
120 g Gula halus
1 sudu Tepung Kastard
3/4 cawan Gula pasir *
3 sudu Air* (* untuk karamel)

Cara2 :-

1. Masak Gula sehingga cair dan kekuningan dan dengan berhati2 letak air. Letak gula didalam bekas untuk karamel..
2. Satukan Susu cair dengan tepung kastard, kacau sehingga sebati dan tapis.
3. Satukan Air, Gula Halus, Serbuk Agar2. Kacau atas api sehingga sebati, perlahan api letak Susu Cair + Tepung Kastard. Kacau sehingga pekat... Letak adunan ke dalam bekas tadi (gula karamel) letak dalam petis ais antara 2-3 jam..