Saturday, May 30, 2009

my birthday

Tarikh : 28/5/2009
Masa : 8:30 mlm
Tempat : Kediaman Sendiri

Selamat Hari Jadi ...
Selamat Hari Jadi ...
Selamat Hari Jadi Ibu ... Selamat Hari Jadi....
Di antara bait-bait lagu yang dinyanyikan oleh my hubby and my child's so touching dibuatnya dikala bad mood tengah melanda diri (almaklumlah org pompuan cukup bulan). Cuma anak beranak je, hubby beli kek kat fruity salah satu my favourite place kalau ada acara birthday mesti beli kat kedai tulah..
Tarikh : 29/5/2009
Tempat : Office Asa
Donna & Birthday Mama

Donna, Nor (terselit kat belakang tu), Me & Farah
Happy birthday to U...
Happy birthday to U...
Happy birthday to Kak Ann.. Happy birthday to U
Semoga panjang umur & dimurahkan rezeki
Yang ini pulak di antara bait-bait lagu kat office I_lah.. actually tak sangkapun dia orang beli kek sebab pagi tu member office buat makan-makan di antaranya ada mee hoon goreng, soto, murtabak dan kuih-muih yang ditaja oleh Farah, Nor dan Donna beli kek untuk I. Thanks a lot to all kawan-kawan kat office tu...
Ta..da.. Me dapat present daripada seorang teman yang memang terlalu baik buat diri ini takut tak terbalas segala jasanya... Hanya iringan doa yang dapat disalurkan... AMIN




Wednesday, May 27, 2009

Teh Tarik

Teh tarik 1., lepas makan tengahari sekali-kala layan pulak teh tarik panas memang ada ummp. Kerja kat office ni yang bestnya kalau nak air kita order jekan.. ada tea-lady buatkan. Tapi bila kat rumah sebaliknya pulak mr. big boss (hubby) yang order kat kita. LAYAN JE

our dinner



Hi... salam, kalau ikut hati malam semalam memang malas nak masak sebab perut dah kenyang makan fizza orang belanja tapi kenangkan mr. hubby dan anak-anak, me kenalah rajin2kan diri memasakan. Takkan nak fikirkan perut sendirikan kalau dulu masa zaman anak dara bolehlah tapi sekarang keadaan dah berubah tanggungjawab dah besar. Kat rumah nie kalau tak ada sambal tak sah, dah kira menu wajib cuma ditukar sotong, udang, @ ikan bilis mesti ada petai.

Tuesday, May 26, 2009

Lunch Kat Office

Salam... kenyang I hari nie, tak payah keluarkan duit belanja pun....
Nak tahu apa, hari ini kita orang punya anak Big Boss belanja Lunch... Apa lagi secretary Boss minta Fizza Hut la... mesti dapat sebab orang pregnant_kan diberi keutamaan... Kita orang tumpang sekaki la, apalagi.. jimatlah duit belanja untuk hari ini almaklumlah tengah menghitung hari nak GAJI...

Pn Donna buruk lantak makan... siapa yang pregnant nie, dia ke Farah???!!!

Monday, May 25, 2009

TUGAS HARIAN

Tag nie dapat daripada fariena; mengenai Tugasan Harian hehehehehe

Soalan-soalannyer ialah:
1. Bilakah kali terakhir anda cuci toilet?
rasanya baru semalam menyental tiga-tiga bilik air... penat giler

2. Pencuci apa yang anda guna?
Pencuci toilet brand cosway ada, fabuloso(betul ke ejaan tu)... , dan apa lagi yek brand Dettol kot!

3. Dalam seminggu berapa kali anda mop lantai? Kenapa?
tengok keadaan lantai... adakalanya seminggu sekali (nie kalau malas time sampailah)

4. Apa tugasan terakhir anda menjelang malam?
samalah dengan kak ina; kemas dapur, kemas hall, n basuh baju serta gosok baju (paling tak suka buat) penatkan kalau nak difikirkan, waktu rehat kita masa tidur jekan.

5. Apa menu hidangan makan malam anda paling simple?
kadangkala beli luar je... he..he..he.., maggie pernah jugak, biasalah kita pun ikut mood dan tahap kerajinan jugak.

6. Minuman anda selalu buat waktu pagi?
NESCAFE minuman wajib.

7. Sebelum tido, apa yg anda suka lakukan?
I pun nak cantik so... cuci muka, pakai toner, krim malam (konon-konon) & gosok gigi.. dah tentu solat isyak

oklah yek... seronok jugak melayan tag nie kan... lain kali hantarlah ye... :-)


*_* HAVE A NICE DAY *_*

Susu Botol

Selamat malam anak-anak ibu... sekali tiga menyusu tak boleh sorang-sorang yang lain jealouslah.. Tengoklah Kakak dia menumpang sekali tak tahu malu dah besar2 pun nak menyusu botol lagi..
Actually my baby tengah demam nie, sekali dgn yg no. 3, lepas menyusu mesti muntah sebab batuk.. kesiankan anak ibu., Is'ad kalau demam mesti nak lepak dalam buaian seronok kena goyang2 badan.. merengek je dia.. Nanti kesian makcik ba'ayah kena layan kerenah is'ad.. semoga cepat sembuhnya..


Pra-sekolah Nadiah

Tarikh : 23/05/2009
Masa : 7:30 pagi
Tempat : Sekolah Rendah Agama Kg. Jawa, Klang
Geramnyalah... Nadiah buat hal tak nak masuk acara sukan.. Dahlah ibunya punya bersemangat nak menonton siap ambil cuti lagi tu... entah apa anginnya hari tu, walhal sebelum tu punyalah bersemangat nak masuk sukan katanya... Ibu.. nanti ibu ikut DIA tau tengok DIA lari...
Cantiknya budak niekan selepas disolek (dah dpt kebenaran dari org tuanya) Maybe si comel nie jadi model kot... pada hari sukan tu... Me tak tahu sebab Nadiah dah ajak balik... mood tak baikkan, so nak buat apa duduk lama-lama kan kematu punggungku

Dihadapan khemah rumah hijau
Rakan-rakan Nadiah happy je waktu tu... tapi tidak untuk Nadiah Nasuha


Moskot rumah hijau

Antara hadiah-hadiah;-
Another present... tapi bahagian Nadiah tak ada !!! Kesian my little princess




Thursday, May 14, 2009

SEdopp NIE!!!

Firstly nak ucapkan terima kasih berbanyak kat boss I nie, Mr. Azlan sebab belanja makan kat Bagan Seafoor, Port Klang. Katanya belanja sebab My Birthday tapi lambat lagi tarikh kerabat tu 29 May nanti, tapi sebab Mr Big Big Boss tak adakan so sambut cepatlah. Tengoklah makanan yang kita orang order sampai nak termuntah makan.. Alhamdulillah rezeki untuk hari inikan.
Tak tergoda ke melihat gambar2 yang I snap nie... Pandang jelah-nya

Tomyam nie memang sedap giler... masamnya, pedasnya usah dicakap meleleh air liur... nie pun tengah telan air liur walaupun dah makan tapi tak nak cakap lagilah... LAYAN JELA....

Another picture.... LAYAN

One More
Alamak mana hilangnya gambar sotong goreng tepung I nie... dah hilang ke...





Wednesday, May 13, 2009

My Baby


Is'ad 3 hari baru boleh keluar hospital sebab masa nak keluarkan is'ad nurse kata babyku dah keluarkan najis so kenalah tahan kat wad 6 (wad baby), masa tu punyalah sedih sebab sebelum ni tak pernah terjadikan (baru sikitkan dugaannya), I tak dapat nak duduk sama Is'ad sebab katil untuk ibu-ibu dah penuh so tinggallah baby kat hospital. Keesokan hari datang melawat Is'ad nak bagi susu badan tapi bila kenangkan baby lain menangis I rasa sedih dan apa lagi keluarlah air-mata seorang ibu sebab mesti fikir kalau baby I menangis mesti macam tu, nurse pun takkan nak fokus kat baby kita seorang banyak lagi baby lain.

Bila dah balik nurse pulak datang rumah nak check baby dan ibu, Is'ad kena demam kuning (jaundice) pergi ambil darah kat klinik Anika terus kena hantar kat HTAR admit semalaman pulak, bersalin yang last nie terasa banyak dugaannya (mungkinkah yang ini anak bongsuku ??? !!! \\\)


Sekarang tengoklah Is'ad dah 9 bulan, besar dan cute. Tak bolehlah nampak kelibat I dan my hubby mesti menjerit suruh dukung. Nanti dah besar rindu pulak nak baby lagi (lain macam je bunyinya) Akan ada ke selepas Muhamad Is'ad Ilyas !!!!!

Saja nak bercerita tentang kenangan terindah semasa melahirkan baby... Setiap melahirkan anak ada pengalaman/kenangan yang tersendiri...

Ibu sayang anak-anak ibu

***Aiman Aqil ***Nadiah Nasuhan***Firas Fazari***Muhamad Is'ad Ilyas***

Tuesday, May 12, 2009

Tak Sihat Badan

Gambar kat atas masa tengah sihat

Salam.. Badan I tak berapa sihat nie... pening kepala yang amat sangat tak pernah pun kena sebelum ini... kalau kena pun pening biasa je... mungkin cuaca sekarang terlampau panaskan... (nie baru panas di dunia belum lagi azab di sanakan... Insafkan diri)... Rasanya dah banyak kali pening kepala dalam bulan ni... kena pasrahlah kan tu baru kecil je dugaannya.

Berbalik cerita pasal cuaca ni... bila waktu malam pun jangan nak cakap air-cond on... ada lagi sampingannya iaitu kipas... betul-betul panas maklumlah rumah teres kalau dikampung cuacanya dingin...