Tuesday, June 30, 2009

Amaran Terakhir

Masa dalam perjalanan keluar office, walhal baru keluar simpang dari Jalan Pelabuhan, sesungguh seumur hidup aku (lepas sekolah) selepas dapat lesen kereta inilah first time kena warning dengan abang uniform (abang polis). Aku selamba jelah sebab bukan aku je yang selalu buat U-turn dekat laluan kereta api pada hal ramai lagi yang membuatnya termasuk mr big boss aku. Tapi nak buat macamana hari ini memang bukan hari-hari sebelum ini. Terkedu dibuatnya tapi control ayu gitu dalam hati berkata nak berhenti ke (sambil slowkan kereta sikit, konon-konon buat bersalahlah tapi memang betul pun) kat depan tu sebab abang polis tu dah pandang semacam sambil berkata
Abang Uniform : Lain kali jangan U-Turn kat laluan keretapi lagi, Ini amaran terakhir
(sambil menujuk jari) dan terus memecut laju...
Aku : Cuma mengangukkan kepala (dalam hati selamat duit aku)
tersengih-sengih tahu salah
Nasib baiklah aku memakai tali pinggan kalau tak confirm dah kena tahan... Mungkin sehari dua nie kenalah ikut traffic light macam biasa lambat pun lambatlah nanti dah lama-lama sikit buat balik..

Saturday, June 27, 2009

JJ Bukit Tinggi - Secret Recipe

Alhamdulillah kenyang, hari ini kita orang office-mate pergi makan kat Secret Recipe. Masing-masing teringin sebab semalam dan hari sebelumnya kita orang puasa sempena menyambut bulan Rejab, so bila puasa masing-masing teringat nak makan itulah, inilah (macam budak-budak pulak) makanan nie pilihan Pn. Donna, tapi share dengan I. Pembaca tak teringin nak pergi Secret Recipe ke I tolong membuka selera je.
ha.. this one my choice tapi share dgn Pn Donna jugak sbb nak rasa dia punya

Pn Norlijah pula pilih chicken chop dengan minuman capacino panas, yang gelas tinggi tu Pn Farah punya chocolate shake

Tengah makan pun sempat nak posing Pn Nor Azlinda nie.. memang suka berposing " I Like..."



Friday, June 26, 2009

Happy Birthday 9th year

Salam semua,,, hari ini birthday my son yang sulung Aiman Aqil, (dah besar anak ibu) Ibu berharap agar Aiman menjadi anak yang soleh dan menjadi Ikon kepada adik-adik bila besar nanti. Tak ada sambutan yang meriah melainkan ayah belikan kek untuk meriakan ulangtahun kali ini. Apa-apa pun adik-adik yang lain suka bila nampak kek tu sebabnya nak tiup lilin (berebut nak tiup).
Lepak time selepas semua kekenyangan. Amin


Tuesday, June 23, 2009

New Hobby

Aiman Aqil mempunyai hobby yang baru... semakin cekap aiman bermain chess nie, katanya nak kalahkan ayahnya sebanyak yang boleh. My hubby memang sengaja nak ajar anaknya bermain chess nie katanya biar otaknya berjalan dan berfikir. Hubby pun dah pernah bagi peluang menang pun kiranya 3-6.
Berfikir ibarat bermain dengan pro... tak palah aiman asalkan benda yang baik ibu izinkan.. Memandangkan keputusan examnya (untuk sek. agama) baik hubby belikan Domino malam tadi so I tak masaklah apa lagi ambil peluang je..

>>> Sekolah Agama dapat no.6 peratusnya 91.2 (kelas no.1)
>>> Bacaan Al-quran dapat MUMTAZ alhamdulillah amin

>>> Sekolah Kebangsaan dapat no.35 peratusnya 88.9 (kelas no.1) agak menurun sikit exam yang lepas no.35 sama tapi peratusny memerangsangkan 91.6

Aktiviti Di Hujung Minggu

Salam sejahtera semua, Masuk pulak minggu baru nie yang tak sabar nak menunggu hari GAJI pulak, almaklumlah bulan nie banyak sangat aktiviti yang dijalankan. Semalam pergi rumah orang kahwin pun kenalah memberi jugakkan apatah lagi kalau orang tu dikenali jiran kat rumah ibu I, kiranya masa I kahwin dulu pun dia salah seorang "orang kuat"...FIRAS FAZARI IN ACTION
Tengoklah tu sambil menunggu ketibaan pengantin my son firas suruh ambil gambar posing dia, ENTAH ikut sape nie yek kalau ikutkan I memang tak suka bergambar sama jugak dengan mr. hubby I. Nie mesti my SIL (mak long) yang suka suruh dia posing2 kalau bergambar.
Another picture konon-kononnya tak pandanglah tu... OKLAH TU>>>
PEgantin dah sampai bagai pinang dibelah dua, sama cantik sama padan, teringat pulak zaman-zaman I dulu.. kalau difikir-fikirkan malu pulak. Sekarang ambik kau 4 hasl dah keluar dan badan pun dah tak macam dulu lagi. Oh tidak!!!!!

Macam muka Ikin pulak isteri Mawi... pembaca perasaan tak yg kat belakang tu yang berbaju coklat bersangkut camera kat lehernya apalah my SIL Ina (camerawoman bidang terjun katanya)




Friday, June 19, 2009

SUSU FORMULA

Muhamad Is'ad Ilyas bin Muhamad Ishak with Ibu
Salam semua... kepala tengah berfikir-fikir apakah betul susu dikeluarkan/diedarkan di Malaysia kini masih samar2 walaupun sudah ada tanda Halal disetiap tin @ packing yang mereka buat. Perkara ini bukannya baru sehari-dua saya mendengarnya akan tetapi sudah sekian lamanya terdengar, mendapat kiriman e-mail. Hati ini masih menjadi tanda tanya BOLEH KE? cuba pembaca melihat isi kandung kiriman e-mail di bawah ini;
Susu similac ni adalah product Abbott Laboratories selain, similac, Abbott Laboratories juga distribute susu-susu berikut:
>1) Isomil>
>2) gain>
>3) gain plus>
>4) grow>
>5) pediasure>
>6) ensure>
> > > berkaitan status halal/tak halal tu, harap kita dapat information a.s.a.p. Info utk kenkawan yg ader anak/adik/anak sedara yg minum susu.
Pekara ini membuat saya ragu-ragu, ini disebabkan bayi saya minum susu ISOMIL adakah mungkin saya akan membuat penukaran susu Bayi saya untuk bulan akan datang... Tolong!!! Insan yang masih ragu-ragu(was-was). Semoga diampuni dosa-dosa hambamu ini. AMIN

Wednesday, June 17, 2009

Family Day Part III (hari ke-2)

Wah ada lagi cerita nie tak habis-habis pasal my family day hopefully semua pembaca tak bosan, saya saja nak berkongsi bersama-sama. Ini cerita pada hari ke-2 dimana kami mengadakan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak. Lihatlah gambar di bawah tu aiman khusyuk mewarna bagi katergori 7-10 tahun. Kelihatan sepupunya juga Safwan, kelihatan Ika cuma separuh je... sorry Ika, Cik Ann tak ambil gambar elok2.
Nie bagi Kategori 4-6 tahun, Nadiah dan Noh sepatutnya je tapi disebabkan cuma berdua saje, saya selitkan juga Firas, walhal member baru umur 3 tahun, nak lihat hasil kerja mereka lihatlah di bawah;
Ta Da.. Kategori 4-6 Tahun dimenangi Oleh
1st - Adik Noh
2nd - Adik Nadiah
3rd - Adik Firas (kalah pun dapat hadiah sebabnya cuma 3 peserta je)
Nie pulak bahagian bapa2
1st - Abang Omar, 2nd - Ahmad Rashid, 3rd - sorry x ingat
4th - pun x ingat, 4th - 5th - my hubby
6th - , 7th - Firdaus, 8th - Abang Ya
Bahagian Ibu-ibu pulak ada senaman Poco-poco, saya tak masuk pun sebab seperti biasa jaga my Baby_lah, kalau tak mana nak dapat gambar nie kan saya jaga camera woman_lah
Diadakan juga majlis harijadi bagi mereka yang dilahirkan pada bulan Jun, diantaranya my son Aiman, Ika (anak Kak Teh), Mak Nyah, dan Ayah Long.
Diantara permainan Bingo yang telah dianjurkan oleh my hubby, memang kita orang enjoy.

Tuesday, June 16, 2009

Family Day Part II

Selepas solat Jumaat telah diadakan aktiviti membuat logo kumpulan masing2 bagi anak-anak remaja. Kalau nak tahu keluarga sebelah hubby nie memang pandai melukis. Gambar di bawah nie hasil untuk group kita orang (pinkies)Inilah barisan tenaga pemuda untuk kumpulan Pinkies terdiri daripada Abg At, Tudung brown tu Ila, sebelahnya Amir, Ina yang berdiri yang tak nampak tu sape yek tak perasan la.. sorry dear.Yang dibawah nie group untuk kumpulan TCT tengah melakar lukisannya tapi saya tak sempat nak ambil gambar sebabnya sikecilku meragam nak berdukung je.. penat giler.Kumpulan di bawah nie group oren
Kumpulan Kuning
Hasil keputusan
1st - Kumpulan Obor-obor (Oren)
2nd - Kumpulan TCT (Hijau)
3rd - Kumpulan Semut (Kuning)
4th - Kumpulan Pinkies (Pink) kesian kita orang kalah
Yang di bawah tu anak-anakku apa lagi merendam je_lah dalam kolam air, saat-saat yang ditunggu2kan oleh mereka. Manakala gambar kat atas tu Nadiah memakai pakaian renang suka dia bila saya beli untuk dia.
Mr. hubby melayan sikecil kiranya (safe guard)

Another picture.. Layan

Family Day Part I

Salam sejahtera semua, alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan seperti yang telah dirancangkan... AMIN., bagi saya cuma satu je yang tak berapa puas hati tapi rasanya ramai adik-beradik, ipar-duai pun rasa perasaan yang sama.. iaitu tempatnya alahai bagai rumah tumpangan je.. tak berbaloi dengan harga RM120 semalam tapi cuma satu je tujuan kita orang iaitu dapat berkumpul semua (bukannya senang tau... tahun sebelum nie mesti ada 1-2 family yg tak dapat nak join tp this year semuanya ada 10 orang adik beradik (sebelah hubby la) termasuk anak2 dia org yg dah ada family pun join)
Family kita orang sampai dalam pukul 12:10 tengahari seperti yang di_planing, Aiman dah hilang bila dapat berjumpa dengan cousin's apa lagi masing-masing merancang buat agenda tersendiri. Is'ad pula tengah lepak dengan kakaknya Nadiah, yang arah paling rasanya Kak Ila anak abang YA.. tengah tolong jaga sikecil, sebabnya saya sibuk letak bekalan yang dibawa.. saya masak asam pedas ikan tenggiri dan telur dadar tapi tak sempat nak ambil gambarnya, sebab masing2 dah sambar kelaparan, lagi pun yang lelaki nak bergegas sembahyang jumaat...

Gambar kat atas tu my hubby punya adik ipar As tengah makan asam pedas sayalah tergoda katanya bila melihatnya. Yang ini baru menu hari pertama, malam jamuan kita orang BBQ, sate, malam hari ke-2 Chef Ahmad Rashid (bekerja di Hotel Istana) akan memulakan tugasnya sebagai tukang masak.
Kakak Hajar pun tengah menjamu selera.. kelaparan katanya, yang berbaju pink tu kak Mah.. dialah orang kuat disebalik tabir rasanya kalau tak ada dia tak jadi majlis family... Insyallah nanti bersambung dalam Part II




Tuesday, June 09, 2009

Family Day

This coming Friday untill Sunday, me and ipar-duai belah mr hubby buat Family Day kat Port Dickson seperti tertera di bawah.

Pada : 12, 13 dan 14 JUN 2009 (JUMAAT, SABTU & AHAD)
Masa : 12.00 tgh masuk dan 12.00 tgh keluar
Tempat :PD Halcyon Beach Motel, Jalan Pantai, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Tujuannya untuk merapatkan lagi silaturahim antara sesama keluarga ianya melibatkan semua anak, menantu serta cucu-cucu pasangan Allahyarham Haji Sharif dan Allahyarhamah Hajah Jamiah. Ia akan diadakan pada tarikh tersebut di atas, selama tiga hari dua malam. Sebanyak 10 unit rumah dua bilik akan disewa. Sembilan keluarga akan dijangkakan terlibat dalam percutian ini, iaitu keluarga Zakaria termasuk menantu-menantunyanya, keluarga Omar termasuk menantu dan bakal menantunya, keluarga Amnah, keluarga Hanizah termasuk menantu dan bakal menantunya, keluarga Maimun, keluarga Che Mah, keluarga Hajar, keluarga Rozana, keluarga Muhammad Ishak (my family) dan keluarga Ahmad Rashid. Sewaan bagi seunit rumah adalah sebanyak RM120.00 sehari semalam.
Keluarga sebelah mr. hubby memang ramai so kita orang memang enjoy kalau buat Family Day nie tak payah nak jemput orang luar. Acara nie sebenarnya dah lima tahun berjalan dengan lancar semoga ia akan kekal sampai anak cucu cicit akan datang.. Amin.. nantikan gambar2nya..

BAGAN SEAFOOD AGAIN

REZEKI.. REZEKI.. rezeki AMIN. kali nie Cik Kak kita Puan Farah buka table kiranya belanja makanlah masa lunch tengahari tadi, katanya rezeki kawan-kawan sebab member dapat Durian Runtuh macam contest Walls pulak. Apa-apa pun time kasih Farah.. tengoklah tu ceria je muka dia...
Tengok tu Puan Nor tersenyum je dapat makan sotong goreng tepung... kali nie I tak dapat nak ambil gambar lauk-pauk sebabnya terlupa pulak.. masing-masing bila nampak lauk terus sambar (terlebih sudah)
Gambar kat atas tu ... Our Engineer and Account Manager (En Hasbuddin & En Azlan- yang pernah belanja makan kat Bagan jugak sempena my birhday) tekun je masing-masing.

Cuma Butter Prawn je yang sempat diambil gambarnya...
Mana yek gambar I, tak palah actually I nie malu nak bergambar yang sebenarnya. LAYAN




TAG dari Fariena

BESTnya dapat TAG ni.... me received from FARIENA1111 my SIL>> Thanks_nya SIS... this week memang bosan giler so me happy_lah dapat TAG nie...


1. Apakah perasaan anda sekarang?
kalau nak ikutkan minggu nie memang terasa BOSAN tapi kenapa yek... maybe FLU kot
2. Saya nak makan?
dah makan pun... nak tahu kat mana Ulangan kat Bagan Seafood, my favourite yang memang menu wajib order sotong goreng tepung with butter prawn
3. Saya tak suka?
me.. tak berapa nak suka kalau orang memberi arahan tapi nak cepat... kenapa yek! kena bersabarlah.. (betul ke nie nak mentafsirkan ayat nie... asalkan faham sendiri udahlah)
4. Impian saya?
hopefully dalam tempoh hari ini dan hari2 yang akan mendatang segala impian akan termakbul kebahagian rumahtangga, kejayaang anak2, dan yang paling penting dapat membahagiakan kedua orang tua.. hanya ini yang mampu dibalas untuk jasa yang mereka berikan pada saya...
5. Haiwan yg saya tak suka?
dari dulu hingga kini aku tak suka tikus... geli tau.
6. Saya harapkan?
duit turun dari langit... ada ke? @ pun dapat duit terpijak. Harapan tinggi menggunung agar hubby cepat naik pangkat Manager ke.. nanti me boleh duduk kat rumah dah tak payah kerja... semoga cepat terlaksana AMIN
7. Jika boleh putarkan masa?
nak balik ke zaman kanak2 seronok tak payah nak fikir masalah... Happy je...
8. Saya pada 10 tahun akan datang?
akan datang ke 10 tahun lagi (Insyallah kalau umur panjang **&** AMIN) Ha memang dah TUA
9. Handphone saya adalah sebuah?
handphone... handphone... handphonelah nak mentafsirkan apa yek!!!
10. Saya pernah bercinta sebanyak?
sebanyak 2 kali jer tak banyak pun, itupun masa lepas sekolah dulu sekolah pompuan mana nak bergaul dengan lelaki.. sekarang cinta sejatiku Muhamad Ishak bin Sharif
11. Saya suka pada....
seluruh ahli keluargaku semestinya hubby/anak2/ibu-bapa/ipar-duai/dan seluruh insan.
12. Kawan-kawan saya?
zaman sekolah/tempat kerja/dan ramai lagilah
13. Pernah dikhianati?
taklah kot.
Okey.. bye.. me tak payahlah nak TAG kat sape2 yek... sape berkenan buatlah yer..

Friday, June 05, 2009

Under Construction


Salam semua...blog ini dlm proses pengubahsuaian......harap sabar yer!

Tuesday, June 02, 2009

June'09

Salam... June dah menjengah dah, cepat rasanya masa berlalu usia pun dah meningkat. Isnin hari yang paling boring, nak memulakan kerja pun malas je. Penat semalam masih terasa tatkala menghabiskan masa bersama2 keluarga, melayan kehendak kerenah suami dan anak2. Walaupun kepenatan tetapi puas sebab me dapat menunaikan kemahuan mereka.
Balik rumah kepala berlega2 berfikir apa yang hendak dimasak untuk dinner nanti. Akhirnya telah memutuskan untuk masak yang simple2 tapi suami dan anak selera untuk menjamah makanan. Sambal ikan bilis petai, ikan goreng dan sayur, ha kan senang.
Cuti sekolah dah bermula kuranglah sikit kerja rumah.. tak terkejar2 untuk buat kerja rumah, nak siapkan baju sekolah anak akan tetapi rumah pasti riuh sebab yang besar suka menyakat si kecil... dan akan terjadilah jerit menjerit termasuklah me yang konon2nya nak meleraikan pergaduhan anak2... tapi I enjoy... Semoga kehidupan me & family diberkati oleh Allah Amin...