Friday, August 21, 2009

UlangTahun - Rogayah Yusof

Selamat Hari Jadi Ibu.. semoga happy-happy selalu! Ampunkan segala dosa-dosa Ann dan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum kepada Semua,

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:-


i) Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);

ii) Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;

iii) Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.


Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kitabayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, Insyaallah.

'Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak'

Salam Ikhlas dari;


Muhamad Ishak Sharif & Norbahgia Bakri
Serta Anak-anak

Tuesday, August 18, 2009

new Baby Born

Alamak... Nie yang geram tengok orang dapat Baby Baru terasa sesekali teringin pulak (jangan buat pasal Ann... Anak hang kecil lagi). Buat setakat nie alhamdulillah cukup_lah 4 orang (bukannya nak takbur cakap) tapi kalau ada rezeki AMIN. Memang kalau ikutkan nak juga ramai tapi untuk fikirkan kesihatan sewaktu mengandung memang tidak mengizinkan. Yang sebenarnya I nie kalau pregnant ada penyakit Blood Presure_lah since mengandung anak yang no.-2 sampailah no.4 (yang nie BP kalau pergi check-up mesti 130-140/80-85 tak menentu yang sebenarnya nervous). Doktor dah pesan jangan pregnant banyak sangat sebab risikonya tinggi. Apalah I merepek nie, yang sebenarnya nak cerita pasal Baby Farah officemate I (yang kena replace jadi Secretary) masa ambil gambar Baby nie usianya dah 4 hari so sekarang dah 8 hari semakin meningkat usianya.
I ada terima khabar berita jugak dari anak buah hubby Cik Ila kiranya kakak iparnya (Kak Aishah) dah selamat bersalin malam tadi, dapat Baby Girl so sweet... nanti kalau ada gambar I posting_lahnya
S.W.E.E.T... D.R.E.A.M... D.E.A.R
MEGAT MUKHRIZ SHAH

Wednesday, August 12, 2009

aiman aqil BOTOL SUSU?

HA... nie nak dijadikan cerita apalah anak bujangku hisap botol susu. Terkejut aku dibuatnya, patutlah pada mulanya dia suruh adik-adik ikut me naik atas dengan alasan hisap susu sama-sama dengan Is'ad, rupa-rupanya Aiman nak buat projek hisap botol susu. Masa ambil gambar nie me sorok-sorok ambil dari atas tapi tak tahulah dia perasan ke tak? Takpa_lah Aiman nak lepaskan GIAN kot... he..he.. Lupa pulak nak cerita kat Mr. Hubby

motor siapa ye?

Alamak motobike siapa nie yek? Baru pulak tu! TA-DA... kot-kot nak kena lelong kot! Taklah motor nie belongs to Miss Izan adik My SIL la siapa lagi. Sebelum Izan posting masuk dalam blog dia baik Me yang entering dulu kot. Jangan marenya Izan, untung budak-budak sekarang masih belajar lagi dah boleh beli handphone, motor dan kalau anak orang kaya pulak siap dengan kereta tu. Zaman kita dulu punyalah payah... Anyway, jangan pulak nanti izan tak pergi kuliah tapi pergi merempit he.. he.. jangan mare.
Lagi satu jangan marah, Nadiah dah naik dulu siap posing tu nak bawa tak reti so setakat bergambar jelah_nya.


Monday, August 10, 2009

1st Year Birthday

HAPPY BIRTHDAY TO U
HAPPY BIRTHDAY TO U
HAPPY BIRTHDAY TO IS'AD
HAPPY BIRTHDAY TO U
(sepatutnya kat Ibu_kan sebab kalau tak ada ibu tak adalah Is'ad (dan ayah..ha..ha..)
Tapi hari ini Is'ad demamlah pagi tadi dah meragam ingatkan selsema je tapi demam sekali, nie berjangkit dengan Abang Firas_lah nie. Yang sepatutnya hari nie Is'ad kena pergi Klinik Kanak-Kanak untuk cucuk setahun tapi ibu tak bawa sebab demam nanti kalau pergi pun bukannya boleh cucuk kena datang lagi. So Ibu pandai-pandai je nak bawa minggu depan.
Mungkin Is'ad demam tumbuh gigi nie, baru keluar 2 batang gigi dalam usia setahun (anak-anak ibu semuanya lambat tumbuh gigi) dan jalan pun dah banyak langkah... Ibu, Ayah, Abang2 & Kakak sayang Is'ad. Semoga menjadi anak yang SOLEH AMIN

Thursday, August 06, 2009

IOI Mall, Puchong

Salam semua, hari ini mungkin kurang busy sikit pada waktu pagi kot sebab big boss ada meeting kat K.L dan appointment dia dengan seseorang dalam pukul 12:00 tgh kat office nie jadi adalah masa untuk up-date sikit-sikit blog nie. Bukannya apa memang susah nak buat kerja dalam satu masa nie nak jadi Secretary Boss dan lepas boss keluar baru boleh buat kerja sendiri, kadang-kadang tu sampai terlupa yang customer nak itu_lah nak ini_lah so tahan telinga jelah kena marah.. Eh..eh.. apa yang aku merepek nie cerita pasal kerjakan tapi tak palah nak dikongsi bersama-sama apa salahnyakan. Untuk pengetahuan semua, boss aku nak bagi elaun selama 2 bulan nie sebab replace jadi Secretary dia.. Amin!!! sekurang-kurangnya dapat juga buat duit tambahankan... rezeki anak-anak. Berbalik dengan gambar-gambar nie, masa nie kita orang se-family pergi IOI Mall Puchong selepas Majlis Hari Jadi Dhiya saja singgah sebab memang dah lama kita orang tak pergi semenjak pindah kat Andalas Klang. Kalau nak tahu dulu aku tinggal kat Taman Kinrara Puchong rumah hubby. Mr. Hubby beli sewaktu dia bujang dulu tapi sekarang dalam proses jual kat penyewa rumah sekarang. Alhamdulillah ada juga orang nak belikan.. almaklum rumah flat tingkat 5 pulak tu.
Firas muka panic sebab memang tak pernah naik pun kuda nie, Aiman Aqil jangan cakap memang sebahagian permainannya kalau singgah kat IOI nie. Bila time sampai je dia orang pertama yang serbu kaunter tiket nak naik kuda pusing nie (entah apa ke-nama permainan nie) Nadiah pun nampak teruja sebab last dia naik masa umur dlm 7-8 bulan dulu (mana nak ingat sebab baby lagi waktu tu) sekarang umurnya dah nak masuk 5 tahun.

Mr. Hubby yang tolong ambil gambar nie sebab dia jaga Is'ad tengah tidur, aku pun tumpang sekakilah, apa orang kata ada alasan jaga anak takut jatuh dari kuda, walhal happy jugak naik kuda nie walaupun aku bersebelahan je... Ada sesiapa teringin pergilah IOI Mall Puchong bawa bersama anak-anak layan...(siap buat iklan)

Monday, August 03, 2009

Dhiya Birthday

Tarikh : 1hb Ogos, 2009
Masa : 5:00 ptg
Tempat : Blok N-2, Puchong Utama


Selamat hari jadi Dhiya dari Achik Ann.. comel je dia setelah didandan oleh mummy(mak long) gelarannya. Achik Ann tak sempat nak belikan hadiah cuma dapat hulur-hulur je sikit.




Yang sebenarnya buat potong kek nie selepas habis kenduri doa selamat, kebanyakkan budak ada yang dah balik, ada yang turun main kat taman.. InaDin pun masa nie tak sampai lagi, Kak Ina (SIL) balik kampung pulak sebab ada buat majlis hari jadi jugak kat kampungnya tu yang budak-budak tak ramai. Tak lama lagi 10hb hari jadi my little baby pulak 1 tahun...