Tuesday, September 29, 2009

Salam Lebaran 2009

Masih belum terlewat untuk mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua. Bagi lebaran tahun ini tak sebahagia yang dapat kami rasainya. Since 15hb Sept. nenek masuk hospital sebab ususnya dah pecah. My mom cakap masak jelah apa yang ada sebab orang yang sihat kena makan jugak. So kami ipar-duai masak daging dinding, ayam pencen masak rendang dengan kuah kacang without ketupat (sebab tak ada mood nak mengayam) cuma order nasi impit je.

Selepas bersalam-salaman kita orang sekeluarga berkunjung ke rumah nenek (walaupun nenek kat hospital) sebab adik beradik my mom semuanya berkumpul kat sana. Kalau ikut kebiasannya selepas bersalaman me sekeluarga akan berkunjung ke rumah adik beradik sebelah hubby pulak tapi kali ini hubby kata tak pa. Dalam pukul 1:00 tengahari me (my hubby tolong jaga anak-anak) my mom, mak angah, mak long serta din pergi hospital melawat nenek tapi ketika itu nenek dah kat ICU koma.

Untuk berlaku adil pada hubby, pada hari raya ke-dua kami sekeluarga ikut konvoi beramai-ramai pergi beraya rumah mak saudara tapi nasib baik area Kuala Lumpur je taklah jauh sangat. Dalam beraya-raya pun fikiran teringat kat nenek di hospital.

Sehingga ke hari ini nenek masih di hospital lagi dalam keadaan yang tak sedarkan diri lagi sebab hari Ahad nenek operation untuk tebuk dilehernya. Oklah mood nak menulis tak adalah... entah apalah difikiran nie

Thursday, September 17, 2009

SALAM AIDILFITRI

Salam Aidilfitri kepada semua, maaf dipohon sekiranya terkasar bahasa, gurau senda terlebih ke!
Rasanya mood raya tahun nie tak ada, automatik hilang sebab nenek kesayangan terlantar di hospital dah 3 hari. Susah nak membayangkannya Doktor pun sekejap cakap nak operation kejap tak boleh sebab keadaan nenek macam tu (faktor usia dan keadaan jantung yang tak stabil). Iyelah hanya doa saje yang mampu kupohon.

Saturday, September 12, 2009

KOTA PERMAI GOLF & COUNTRY CLUB

SALAM.... Memang dah lama rasanya tak up-date blog nie.. bukannya apa sibuk memanjang je dengan kerja-kerja di pejabat, di rumah.
Gambar-gambar nie semuanya diambil semalam, kami sekeluarga pergi berbuka puasa di Kota Permai Golf & Country Club di-sponser oleh Majikan suami. Tak rugi rasanya bayar RM45 (kalau tak silap) satu kepala makanannya memang sedap terutamanya kambing panggang.
Tengoklah gelagat anak-anak gembira jer sebab dah kekenyangan Alhamdulillah Amin. Aiman paling seronok semua jenis makanan dia rasa termasuk sushi (ibunya tak minat), ABC 3 mangkuk dibedalnya.
Alamak... Firas tak kenyang-kenyang ke makan, sampai nak makan kakak Nadiah

Sebahagian Staff DIF Logistics (M) Sdn. Bhd. yang berbaju kemeja coklat tulah boss_nya Mr. Murale very nice person... bila habis office hour memang suka berlawak dengan staff-staff. Untuk pengetahuan semua insyallah bulan depan 24hb-25hb Oktober 2009 nak pergi AFamosa kat Melaka Family Day pulak.. Bestnya.